Pages

Gotong Royong Tanah Wakaf

on Ahad, 3 Jun 2012


Persatuan Belia (MBFM) Palong 5 telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan menjadikan gotong royong tanah wakaf Felda Palong 5 sebagai acara bulanan.Gotong royong tanah wakaf ini akan diadakan pada setiap hari ahad minggu ketiga setiap bulan.

Pada 20 Mei telah dijalankan aktiviti ini dengan kehadiran seramai 25 belia dan beliawanis.Terima kasih kepada semua sahabat belia.


Tag :

Gambar Sekitar Karnival Sukan Dan Kebudayaan 2012

on Selasa, 29 Mei 2012

Berikut adalah gambar sekitar Karnival Sukan Dan Kebudayaan anjuran Persatuan Belia MBFM Palong 5 pada 29 April dan 1 Mei 2012.Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan karnival ini secara langsung atau tidak langsung.

Klik pautan ini untuk melihat gambar karnival di laman Facebook..pasti anda adalah ahli group FB..jika tak tak dapat nak tengok huhu..https://www.facebook.com/groups/405172052828364/photos/

Maaf tak boleh nak upload kat sini kerana fail terlalu besar..



Tag : ,

Karnival Sukan Dan Kebudayaan .. Belia Palong 5 Boleh

on Khamis, 3 Mei 2012

Selesai sudah karnival yang dirancang.Walaupun dalam masa yang singkat namun boleh dikatakan kita berjaya menganjurkan Karnival Sukan Dan Kebudayaan dengan jayanya.Semua ini hasil dari kerjasama semua barisan kepimpinan Persatuan Belia (MBFM) Palong 5 dan semua ahli yang sentiasa memberi bantuan dalam setiap perkara.
KARNIVAL SUKAN DAN KEBUDAYAAN
PERSATUAN BELIA (MBFM) PALONG 5

Tag :

Belia (MBFM) Palong 5 Di Program Sehari Bersama Polis di Felda Palong 4

on Sabtu, 28 April 2012

Persatuan Belia (MBFM) Palong 5 telah menghantar pasukan bolajaring dan bolasepak semasa program sehari bersama polis di Felda Palong 4 pada 19 April 2012.Tahniah diucapkan kerana pasukan bolasepak MBFM Palong 5 A telah menjadi naib johan manakala pasukan bolajaring berjaya mendapat tempat ke 3.. Anda semua memang terbaik.. maaf lambat sikit publish..banyak kerja hehe..

Antara gambar yang sempat di ambil... 




Tag :

Program Latihan Kemahiran usahasama FELDA & NMIT NETHERLANS MARITIME INSTITUTE OF TECHNOLOGY ( NMIT )

on Ahad, 15 April 2012

Info buat semua warga belia Felda Palong 5..

Program Latihan Kemahiran usahasama FELDA & NMIT NETHERLANS MARITIME INSTITUTE OF TECHNOLOGY ( NMIT )

JENIS KURSUS
1. Diploma Pengurusan Pelabuhan Perkapalan( Diploma In Maritime Transportation Management )
2. Diploma Penggangkutan Perkapalan ( Diploma in Shipping Management )
3. Diploma Pelabuhan ( Diploma In Port Management )

TEMPOH PENGAJIAN
2 Tahun 6 Bulan

PENCAPAIAN AKADEMIK

Warganegara Malaysia
Pemohon seorang anak peneroka / anak kakitangan Felda / cucu peneroka (cucu yang
tinggal bersama peneroka dan mendapat pengesahan daripada Pengurus Rancangan)
Belum berkahwin
Lelaki / Perempuan
Umur di antara 18 – 23 tahun
SYARAT KELAYAKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau setaraf dengannya mendapat 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta lulus bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris.

TEMPAT KURSUS
CAMPUS CITY
Level 11-14, Kotaraya Office Tower
Plaza Kotaraya, Jalan Trus ,
80000 Johor Bharu
Johor Darul Takzim.
No Tel : 07-2772020
Fax : 07-227 1818

muat turun keterangan lampiran di http://www.felda.net.my/feldav3/attachments/article/438/NMIT.pdf
Tag :

Karnival Sukan Dan Kebudayaan Semakin Hampir

As Salam buat semua warga belia Felda Palong 5. Karnival Sukan Dan Kebudayaan semakin hampir.Maklumlah ini adalah program pertama yang akan dianjurkan sendiri oleh barisan baru kepimpinan Persatuan Belia (MBFM) Palong 5..

Segala perbincangan dalam merangka program dan susun atur tugas telah di buat dalam memastikan kelancaran karnival.Isyaallah jika segalanya berjalan lancar karnival ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 April 2012 dan 1 Mei 2012 yang bakal dirasmikan oleh ahli parlimen Jempol , Dato` Lillah Yasin.

All the best buat semua barisan kepimpinan MBFM Palong 5.
Tag :

Perancangan Pelan Bertindak Belia Parlimen Jempol (10 Tahun )

on Ahad, 4 Mac 2012


Assalamualaikum.... Hari ini 4 march 2012 telah diadakan Perhimpunan Perancangan Pelan Bertindak Belia Parlimen Jempol untuk 10 tahun akan datang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hj. Lilah Bin Hj. Mohd. Yassin di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol. Majlis ini turut melibatkan mahasiswa dari Universiti Utara Malaysia. Mereka mengedarkan borang kaji selidik untuk Pelan Bertindak Belia bagi 10 tahun akan datang. Turut serta juga wakil dari AMAN MALAYSIA yang menjelaskan tentang keadaan sebenar di bumi Palestin. Agar semua belia dapat merasai apa yang belia di palestin lalui. MBFM Palong 5 turut menyertai program ini sebagai tanda sokongan Belia kepada pembangunan belia am nya. Seramai 20 orang belia dan beliawanis dari MBFM palong 5 turut serta dengan semangat dari awal pagi lagi. Berikut adalah gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan para belia yang tidak dapat menyertai.
Tag :

Program Pendedahan Media Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT ) Belia Felda Wilayah Raja Alias

As salam buat semua warga belia MBFM Palong 5.
Semalam telah berlangsung Program Pendedahan Media Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT ) Belia Felda Wilayah Raja Alias yang dilangsungkan di Pusat Jalur Lebar Felda Raja Alias 1.Dimana dalam kursus ini ditekan tentang penggunaan media internet dalam menyalurkan informasi terutama dalam pembangunan belia.

Saya sendiri kiz dan Saudara Mohd Azmi Mohd Zain telah menyertai program ini bagi pihak Persatuan Belia MBFM Palong 5.Semalam modul utama adalah cara membangunan laman blog sebagai salah satu media menyebarkan maklumat tentang aktiviti belia.

Apa yang paling membanggakan blog Persatuan Belia ( MBFM ) Palong 5 telah dipilih oleh tenaga pengajar yang terdiri dari wakil Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai BLOG TERBAIK dalam program itu.

Semoga dengan kelahiran blog ini dapat menjadi salah satu sumber rujukan belia Palong 5.
Tag : ,

Sejarah Majlis Belia Felda Malaysia MBFM

Setelah FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956, pelbagai pertubuhan belia wujud di dalam rancangan FELDA seperti Persatuan Belia Felda, Gerakan Belia 4B, MAYC, HYO dan lain-lain.Pada tahun 1969, Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan (PBFWS) ditubuhkan. Pada tahun 1975 ianya ditukar nama kepada Majlis Belia Felda Kawasan Selatan dan diterima menjadi Ahli Bersekutu atau badan gabungan Majlis Belia Malaysia.

Pada tahun 1977 satu perjumpaan para belia Felda telah diadakan di Wisma YMCA Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan Majlis Belia Felda Kebangsaan bagaimanapun ianya gagal berfungsi. Pada 27 Oktober 1980 Felda mengatur satu perjumpaan untuk membentuk Gerakan Persatuan Belia Felda Kebangsaan di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) Trolak, bagaimanapun ianya turut menemui kegagalan dan usaha-usaha kearah menwujudkan semula Majlis Belia Felda terus dilaksanakan.Pada April 1988, satu perjumpaan khas belia Felda telah diadakan di Johor Bahru bagi membincangkan penubuhan Majlis Belia Felda Kebangsaan telah diadakan. Lanjutan dari usaha tersebut, satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai 1988 di Asrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur.

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan keahlian seramai 59,836 orang. Mesyuarat Agung Kali Pertama telah diadakan pada 9 Oktober 1991 di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) yang disempurnakan oleh YB Encik Yassin Kamari, Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia.

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan hasrat untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda di Malaysia. Penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaan untuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA amat komited terhadap rancangan yang disebutkan di atas dan oleh itu kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayan kami dalam bidang yang diceburi ini. Dengan berbekalkan kepada keyakinan yang tinggi dan diurus tadbir oleh mereka yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi sudah tentu akan menjadikan Majlis Belia Felda Malaysia sebuah pertubuhan belia yang mampu bersaing dengan pertubuhan belia lain yang sedia ada.

sumber
Tag : ,

Lagu Dan Lirik Lagu Rasmi MBFM | Melakar Inspirasi

Lagu rasmi Majlis Belia Felda Malaysia yang bertajuk Melakar Inspirasi.



Lirik Melakar Inspirasi (Lagu Rasmi MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA)

Di sini bersemi perjuangan murni
Membina generasi muda Felda
Mengorak langkah menuju ke puncak jaya
Kamilah pewaris bangsa yang berjaya

Cabaran pasti akan tiba
Kami kan tetap harunginya
Demi bangsa dan agama

(Ulang)

Di sini bermula perjuangan kita
Meniti perjalanan ranjau berduri
Setia luhur hikmah dan juga berbudi
Lahirkan rasa ikhlas setulus hati

Tempuhi hari demi hari
Menjadi rakan inovasi
Menyemai bakti budi

Berilmu, berbudaya dan berketrampilan
Ikrar kami
Mendaki ke puncak jaya
1belia 1Malaysia

Bersamamu
Majlis Belia Felda…Malaysia
Tag : ,

Blog Rasmi Persatuan Belia ( MBFM) Felda Palong 5


Laman maya untuk Persatuan Belia (MBFM) Felda Palong 5.Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan perkembangan terkini Persatuan Belia (MBFM) Palong 5 dan info terkini belia amnya.


Semoga laman blog ini memberi lebih manfaat dan dapat menyalurkan maklumat buat semua ahli.
Tag :
 
© Majlis Belia Felda Malaysia Palong 5 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO